美里中华中学SMK Chung Hua Miri
Kementerian Pelajaran Malaysia

VD

S

news, rss, social, update icon

暂无任何校园新闻

agenda, calendar, date, event icon


暂无任何活动


 
美里中华中学
SMK Chung Hua Miri
 
Jalan Brighton,
98000 Miri, Sarawak,
Malaysia
 
电话:+60 85-433 517
传真号码:+6085-422872
 
 
 
QR Code 二维码
扫一扫
资讯就传到
Scan me to
get more info

 
美里中华中学简介:
 
Perisai Hijau:
Perisai melambangkan kestuan kesemua sembilan persatuan dalam mempertahankan hak dan nama baik sekolah.
Warna hijau mewakili sikap penyayang dan sikap ingin belajar yang abadi.
 

Loceng Kuning:
Loceng kuning melambangkan kekuatan sekolah dalam pelbagai bidang.
 

Reben Merah:
Reben melambangkan perpaduan pelajar-pelajar.
Warna merah mewakili keberanian dan semangat tinggi para pelajar.
 
 
School Vision
SMK Chung Hua Miri berhasrat menjadi sekolah TERBAIK di Malaysia selaras dengan semangat cogan kata "Up Up Chung Hua" dan "Get Ahead and Stay Ahead".
 

School Mission
Warga SMK Chung Hua sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan standard sekolah kluster dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, penguasaan ICT, sahsiah dan kualiti kepimpinan pelajar.
 

School Motto / 校训
 
Up Up Chung Hua!
Get Ahead and Stay Ahead!
Excellence our tradition, perfection our goal!
First is Chung Hua, Chung Hua is First!
 
The World is in Your Hands!
 

School Song
美中生之歌(词:温素华曲:蒋运福)

巍巍美中
依山临海
九个乡团共同建起来
一笔冲天
多神气
油城上空常缭绕
我们都是美中生
有的是志气和理想
学习锻练天天成长
品学兼优体育强
我们都是美中生
我们是国家的栋梁
我们是民族的希望
马来西亚繁荣富强
齐心合力奋勇前进
齐心合力奋勇前进
美中冲啊
 
美中冲啊
 

School History
1945 - Setelah Tentera Jepun menyerah kalah, masyarakat Cina di bahagian Miri menghadapi masalah dalam meneruskan pelajaran mereka. Akibatnya, kadar keciciran di kalangan pelajar Cina sekolah agak tinggi. Untuk menangani masalah tersebut, masyarakat Cina merancang untuk menubuhkan sebuah sekolah Cina.
 

1952 - Satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kesemua sembilan persatuan kaum Cina, iaitu Persatuan Hakka, Persatuan Foochow, Persatuan Hainan, Persatuan Masyarakat Kaying, Persatuan Chawan, Persatuan Masyarakat Leong Chon, Persatuan Masyarakat Thai Poo, Persatuan Kwang Wai Siew dan Persatuan Saudagar Cina, telah ditubuhkan dengan Encik Liong Hock sebagai pengerusi dan Encik Chan Yong Chiu sebagai naib pengerusi dengan sokongan Kapitan Cina Lee Tak.
 

1953 - Kelas dimulakan dengan hanya 94 orang pelajar dan 5 orang guru yang diketuai oleh pengetua yang pertama, Encik Hsieh Yuan Kai. Ketika itu, sekolah tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa meminjam bangunan lama Persatuan Jentera Orang Cina sebagai bilik darjah.Nama sekolah ialah Sekolah Menengah Chung Hua Miri.Bahasa pengantarnya ialah bahasa Cina.Sekolah diuruskan oleh Lembaga Pengelola Sekolah yang dipengerusikan oleh Encik Liong Hock.Pada semester kedua, sekolah telah mengambil 50 orang pelajar baru dan mengupah 2 orang guru berbangsa Cina.
 

1955 - Pihak kerajaan telah memperuntukkan kawasan sekolah seluas 8 ekar ini di tepi Jalan Brighton (Jalan Temenggong Oyong Lawai Jau sekarang) kepada pihak sekolah. Dengan itu, sebuah bangunan sekolah tetap dua tingkat telah dibina.Ketika itu, bilangan pelajar sekolah telah meningkat sehingga 200 orang pelajar dalam Tingkatan 1 hingga 3.Selain itu, bilangan kakitangan sekolah pula seramai 8 orang.Selepas pembinaan bangunan sekolah disiapkan, pemilihan ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah yang baru telah dijalankan.Encik Lee Tak terpilih sebagai pengerusi yang kedua.
 

Pada tahun yang sama, pelajar-pelajar sekolah ini buat pertama kalinya menduduki peperiksaan sekolah menengah kerajaan dengan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Pada hari pertama peperiksaan tersebut, kesalahan yang wujud dalam kertas soalan menyebabkan sesetengah pelajar tidak berpuas hati lalu enggan mendudukinya.Pada hari kedua, seramai 21 orang pelajar terus menduduki peperiksaan.Namun, 14 orang pelajar tetap enggan menduduki peperiksaan dan akhirnya tidak mendapat sebarang sijil.
 

1956 - Dengan sokongan daripada masyarakat Cina, bangunan sekolah yang terdiri daripada 2 blok iaitu Blok A (bilik darjah) dan Blok E (asrama) siap dibina. Tapak sekolah seluas 7 ekar ini dihadiahkan oleh Sarawak Shell Berhad.
 

Encik Lieu Ngie menggantikan Encik Hsieh Yuan Kai sebagai pengetua.
 

Sebahagian masyarakat Cina telah memperalatkan pelajar-pelajar untuk menyemarakkan sentimen anti kerajaan British.Mereka telah memujuk pelajar-pelajar untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah.Setelah pihak sekolah gagal mengatasi masalah ini, Lembaga Pengelola sekolah telah dibubarkan dan Gabenor Sarawak telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengambil alih tugas lembaga tersebut. Ketua Pegawai Bahagian Miri, P. Scanlon telah mengetuai majlis tersebut. Selepas cuti Tahun Baru Cina tamat, sekolah dibuka semula.Seramai 18 orang pelajar dibuang sekolah ekoran perkara ini dan masalah yang timbul telah diselesaikan.Setelah Encik Lieu Ngie mengambil alih semula tugas sebagai pengetua, keadaan sekolah mula terkawal.
 

1957 - Bilangan pelajar meningkat kepada 300 orang dan dibahagikan kepada 8 kelas dengan 11 orang kakitangan sekolah. Pada bulan Ogos, sebuah mesyuarat antara persatuan-persatuan bangsa Cina telah diadakan dan permintaan untuk mengambil alih semula tugas Lembaga Pengelola telah dibuat.Ketua Bahagian Miri telah mempersetujui permintaan tersebut.
 

1958 - Sebuah Lembaga Pengelola Sekolah yang terdiri daripada wakil-wakil Persatuan Hakka, Persatuan Foochow, Persatuan Hainan, Persatuan Masyarakat Kaying, Persatuan Chawan, Persatuan Masyarakat Leong Chon, Persatuan Masyarakat Thai Poo, Persatuan Kwang Wai Siew dan Persatuan Saudagar Cina telah ditubuhkan. Encik Chia Chin Shin menjadi pengerusi yang ketiga.
 

1961 - Sistem kelas peralihan berasaskan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dilaksanakan.
 

1963 - Disebabkan masalah kewangan dan kekurangan pelajar, Lembaga Pengelola Sekolah terpaksa menerima cadangan kerajaan untuk menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris. Di samping itu, nama sekolah juga ditukar menjadi Sekolah Menengah Bantuan Chung Hua Miri. Kelas peralihan dimulakan untuk pelajar dari sekolah rendah dengan bahasa pengantar Bahasa Cina.
 

1964 - Encik David Wang Ta Lun menjadi pengetua yang ketiga. 2 buah makmal dihadiahkan oleh Sarawak Shell Berhad.
 

1965 - Guru-guru dari luar negara telah ditugaskan di sekolah oleh Jabatan Pendidikan berdasarkan Rancangan Colombo dan American Peace Corps.
 

1966 - Encik Chia Yen Fatt menjadi pengetua yang keempat. Encik Lee Chock Moi mempengerusikan Lembaga Pengelola Sekolah.Pelajar-pelajar mula menduduki Peperiksaan Sarawak Junior Certificate (SJC).
 

1968 - Encik Dadsam Chen menjadi pengetua yang kelima. Pelajar-pelajar terakhir dalam aliran bahasa Cina menamatkan pelajaran mereka.Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal. Pelajar-pelajar juga mula menduduki Peperiksaan Senior Cambridge Certificate (SC).
 

1969 - Encik Lau Sui Chiong menjadi pengetua keenam.S.M.B. Chung Hua, Miri telah bertukar kepada ‘Chinese Conforming School'. Tiga blok bilik darjah telah dibina.
 

1972 - Pelajar Tingkatan 3 mula menduduki Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE).
 

1974 - Pelajar mula menduduki Peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE). Kelas sains tulen di Tingkatan 4 dimulakan
 

1975 - Encik Yew Chang Yao menjadi pengetua ketujuh. Sistem persekolahan dua sesi (pagi dan petang) telah dilaksanakan.
 

1977 - Sebuah bangunan 3 tingkat dengan 3 buah makmal sains menengah atas dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Sim Kheng Hong.
 

1978 - Encik Arthur Lim Hiong Tze telah ditugaskan sebagai pengetua kelapan.
 

1979 - Encik Sim Teck Sing menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola kelima. Sebuah kantin dibina.
 

1981 - Encik Lim Ah Lek menjadi pengetua yang kesembilan. Blok pentadbiran diubahsuai.
 

1982 - Sistem kelas peralihan berasaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dilaksanakan.
 

1983 - Bahasa pengantar sekolah bertukar kepada Bahasa Melayu.
 
 

1985 - Sebatang parit besar telah dibina selepas Dr. Fong Onn Min mengambil alih tugas sebagai pengetua kerana bangunan sekolah sering dibanjiri selepas hujan lebat. Pintu bilik darjah dipagar dengan konkrit setinggi 2 kaki. Kawasan sekolah juga telah dipagarkan pada tahun yang sama. Pelajar mula menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dalam Bahasa Melayu.

SMK Chung Hua Miri
美里中华中学
Jalan Brighton, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Tel:+60 85-433 517

© Copyright 2015
Visitor Counter